Wednesday, 5 September 2018

DAHSYATNYA ASMA RDR MALAIKAT JIBRIL



Seorang pesakit wanita datang menemui perawat untuk merawat penyakit sihir yang di deritai selama beberapa bulan. Dipendekkan cerita sewaktu sedang merukyah pesakit maka  datanglah jin sihir yang mengganggu pesakit tadi dan berlakulah dialog antara perawat dengan jin tadi melalui tubuh pesakit…

Perawat : Memberi salam namun salam tidak di jawab..selang beberapa detik jin yang menghuni tubuh pesakit mula bersuara…
Jin Sihir : Aku bukan muslim
Perawat : Apa agama kamu
Jin Sihir : Aku tidak beragama
Perawat : Kenapa kau berada di dalam tubuh pesakit
Jin Sihir : Aku diperintahkan oleh tuan aku untuk mengganggu wanita ini
Perawat : Kenapa….
Jin Sihir : Tuan aku telah dibayar oleh seseorang untuk menyihir wanita ini hingga mati..
Perawat : Siapa yang mengupah tuan kau itu
Jin Sihir : Rahsia
Perawat : Lebih baik kau beritahu…jika tidak aku seksa kau…
Jin Sihir : Silakan jika kau mampu…

(Jin ini mula mencabar perawat untuk bertarung, perawat mulakan langkah yang kedua setelah langkah yang pertama tadi dengan merukyah pesakit..langkah yang kedua adalah dengan merapal asma-asma pamungkas yang ada pada diri perawat…asma yang digunakan adalah asma rajeh dirajeh malaikat jibril. Perawat mulakan dengan merapalkan kunci dimensi terlebih dahulu dan kemudian bertawasul kepada Rasullullah, Nabi Khidir, Syeikh Abdul Qodir Jailani dan khusus kepada Malaikat Jibril A.S…Jin Sihir yang menghuni tubuh pesakit tadi mula menunjukkan reaksinya yang agak cemas..

Perawat terus merapalkan asma rdr malaikat jibril secara berterusan dan lebih kurang 2 minit perawat mula makrifatkan satu panahan petir yang super dahsyat mengenai Jin Sihir tersebut. Akibatnya pesakit wanita itu terpelanting ke belakang lalu pengsan. Tiba-tiba ada bau hangit di sekitar tempat rawatan.

Selang beberapa minit kemudian pesakit wanita tadi sedar dan memberitahu bahawa dia nampak satu panahan petir yang dahsyat tepat mengenai Jin Sihir tadi dan jin itu hancur jadi debu. Kemudian pesakit wanita ini pengsan kembali dan tiba-tiba pesakit wanita ini bangun dan mula bersuara…

Pesakit : Maafkan aku
Perawat : Kau ni siapa
Pesakit : Aku adalah bomoh yang diupah oleh keluarga pesakit sebab atas urusan harta pusaka
Perawat : Kenapa kau datang sini
Pesakit : Aku cedera parah kena petir yang kau hentamkan tadi kepada jin suruhan aku
Perawat : Jadi kau nak apa sekarang
Pesakit : Aku minta maaf banyak-banyak dan aku berjanji tidak akan ganggu pesakit ini lagi dan aku balik sekarang…

Tiba-tiba pesakit tadi sedar dan minta air untuk minum sebab terlalu dahaga. Selang beberapa minit pesakit wanita tadi pengsan balik dan tiba-tiba bangun lalu bersuara…

Pesakit : Aku adalah ketua dari bangsa jin yang ada di kawasan ini…
Perawat : Apa tujuan kau datang kemari..
Pesakit : Aku mohon pada kamu tolonglah jangan di rapal Asma ini lagi  kerana seluruh perkampungan kami terbakar dan kami tidak ada tempat tinggal sekarang..
Perawat : MasyaaAllah…sampai begitu sekali kuatnya energy Asma RDR Malaikat Jibril tersebut..saya mohon maaf banyak-banyak disebabkan perkara yang tidak disengajakan ini. Saya akan pindahkan penduduk kampung ini ke tempat yang baru..

Lalu perawat pun mulakan ritual dengan membaca kunci dimensi dan bermohon kepada Allah agar diberikan penempatan yang baru kepada penduduk yang terlibat..lalu perawat makrifatkan satu kawasan yang lapang dan pindahkan penduduk tersebut dengan aman…

Pesakit : Terima kasih ustaz..lalu pesakit tadi pengsan kembali…

Selepas pesakit sedar saja terus perawat pagar diri pesakit dengan Lam Jalalah dan pesakit merasa segar dan pulih sepenuhnya…